Pidato adalah pengungkapan pikiran dalam bentuk kata-kata yang ditujukan kepada orang banyak, atau wacana yang disiapkan untuk diucapkan di depan khalayak. Secara umum, pidato merupakan kegiatan berbicara di depan umum yang dilakukan untuk menyatakan pendapat atau memberikan gambaran mengenai suatu hal. Oleh karena itu, teks pidato adalah sebuah teks yang berisi gagasan, pendapat, dan pengetahuan terhadap suatu hal yang nantinya akan disampaikan di depan umum.
Tujuan pidato digunakan untuk memberikan suatu pemahaman maupun informasi terhadap orang lain atau bersifat informatif.
Tugas pidato sudah menjadi perintah guru agar dapat melihat keterampilan siswa-siswanya dalam menulis teks pidato, terkadang ada juga guru yang menyuruh dengan menggunakan bahasa melayu. Nah dalam artikel ini akan memberi contoh teks pidato melayu. simak yu!
Contoh pidato bahasa melayu
Teks Pidato : Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia
Kalau tidak kerana bintang,
Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato,
Tak akan saya berada disini.
Datang bahtera dari Medan
Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan ,
Kepada warga dewan pembuka tirai.
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.
Sidang hadirin yang dihormati,
Tajuk pidato saya Bahasa Melayu Citra Bangsa Malaysia. Bahasa sangat luas pengertiannya, bahasa tidak hanya merujuk sebagai satu sistem linguistik semata-mata, tetapi bahasa juga citra budaya bangsa Malaysia dan fungsi bahasa itu sendiri sebagai alat perhubungan sosial dalam masyarakat. Menurut Pendeta Bahasa Zaaba , bahasa merupakan citra masyarakat, budaya, akal budi, jiwa atau roh sesuatu bangsa. Keintelektualan dan tamadun bangsa membuktikan peranan terbesar bahasa sesuatu bangsa. Melalui bahasa orang dapat mengenal sesuatu bangsa atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan.
Bicara saya yang pertama,
Bahasa Melayu Citra Bangsa 1 Malaysia
Bahasa Melayu merupakan wasilah terpenting dalam menyatukan bangsa Malaysia. Sesungguhnya, apa yang termaktub dalam Perkara 152 yang menyediakan peruntukkan-peruntukkan yang berkaitan dengan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan .Bahasa Melayu diangkat sebagai bahasa rasmi-kebangsaan dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka, bahasa Melayu bukan lagi menjadi milik tunggal pribumi Melayu. Malah, bahasa Melayu menjadi milik bersama seluruh warganegara Persekutuan Tanah Melayu. Justeru niat murni mendaulatkan bahasa Melayu dapat menyatupadukan kaum-kaum, yang terdiri dari kaum Melayu, Cina, India, dan lain-lain di bawah satu bahasa. Cuba kita bayangkan, bagaimana selepas hampir 55 tahun merdeka, jika kaum Melayu hanya dengan bahasa Melayunya, dan kaum Cina dengan bahasa Mandarin,Tionghua, ataupun Hokkien nya, dan kaum India pula dengan bahasa Tamil nya sahaja, maka bagaimanakah kewujudan bangsa Malaysia dapat direalisasikan? Justeru, jika seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira perbezaan asal-usul mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, maka akan terzahirlah citra dan keperibadian kita sebagai satu bangsa, iaitu bangsa 1 Malaysia. Sebaliknya, jika kitamendaulatkan bahasa-bahasa asing, akan terpancarlah `jati diri asing’. Lantas, akan terencatlah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa 1 Malaysia. Ayuh , marilah kita berbahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan – 1 bahasa, 1 bangsa, 1 nusa dalam merealisasikan wawasan 2024.
Hadirin hadirat sekalian,
Bicara saya yang kedua,
Bahasa Melayu Memajukan Bangsa Malaysia,
Bahasa Melayu menjadi pemancu ke arah kemajuan bangsa. Sesungguhnya untuk mewujudkan satu bangsa itu bukanlah mudah. Suka saya tegaskan di sini, bahawa dalam konteks pembinaan bangsa Malaysia dan pemajuan negara menurut acuan kemalaysiaan sendiri, pendaulatan hanyalah kepada bahasa kebangsaan, bukannya bahasa-bahasa asing. Walaupun kita mempelajari bahasa asing sebagai bahasa global, namun kita tidak seharusnyamembiarkan jiwa dan pemikiran kita dikuasai oleh bahasa asing. Cuba kita teladani , Kejayaan pembentukan negara-bangsa Jepun, Korea, negara-bangsa di benua Eropah dan Amerika Syarikat. Mereka terbukti telah berupaya memodenkan negara sekali gus membina bangsa dengan mendaulatkan bahasa kebangsaan negara-bangsa masing-masing . Nah , sewajarnya kita menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, teknologi dan peradaban moden. Justeru, akan tercapailah gagasan pemajuan negara dan pembinaan bangsa Malaysia, jika kita sebagai rakyat Malaysia tidak mendaulatkan bahasa kebangsaan kita sendiri, siapa lagi?
Inilah prinsip umbi yang seharusnyakita junjung, jika kita benar-benar serius untuk mewujudkan bangsa Malaysia, bak kata pepatah di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung.
Seterusnya, izinkan saya meneruskan bicara saya yang ketiga
Bahasa Melayu Memartabatkan Bangsa Malaysia
Bahasa Melayu memartabatkan bangsa Maysia . Bahasa adalah penanda identiti atau jati diri sesuatu bangsa.Tetapi malangnya,dewasa kini kita dapat lihat bangsa kita sendiri telah memusnahkan kesantunan bahasa Melayu itu dengan pelbagai aspek yang tidak bermoral. Kesannya, bagaimana untuk kita memartabatkan bangsa kita? Bagaimana untuk dunia memandang tinggi bangsa kita? jika kita sendiri tidak tahu menghargai keunikan dan keindahannya. Pembudayaan bahasa Melayu harus nyata .Di plaza tol lebuh raya kini terdapat bahasa tanda yang berbunyi, “Lorong Touch ‘n Go”. Bahasa apa ini? Inilah dia bahasa rojak rasmi. Inilah yang dikatakan pandai meniru tetapi tidak menuras. Inilah juga kerja yang memalukan bangsa. Kenapa tidak dipakai saja istilah “Lorong pacu segera” Sudahkah kita betul-betul menggeledah kamus bahasa ibunda sebelum sewenang-wenang menggunakan “touch ‘n go” Jika tiada azam perjuangan yang kental untuk menggunakan bahasa sendiri lantaran istilahnya cukup dalam bahasa sendiri, kita juga nanti akan dipanggil bangsa touch ‘n go. Tepuk dada, tanya selera.
Sudah sampai masanya semua pengiklanan dalam negara menggunakan bahasa Melayu dengan betul daripada aspek hukum nahu bahasa Melayu. Penggunaan bahasa Melayu yang diselangi perkataan dan nilai bahasa asing secara melulu tidak akan membawa kita ke mana-mana. Yang penting ialah kita mesti terus memupuk rumpun yang ada dan memperkayakannya dengan bimbingan, hala tuju dan apresiasi bahasa Melayu yang berterusan. Bahasa Melayu yang baik akan memartabatkan bangsa Malaysia.
Kesimpulannya, bahasa yang kita martabatkan itulah yang akan membentuk jiwa kita sebagai satu bangsa.Sekiranya bahasa yang kita martabatkan adalah bahasa kebangsaan, maka yang akan terpancar daripada bangsa kita ialah jiwa kebangsaannya. Jika kita sentiasa memandang tinggi kepada bahasa kebangsaan kita, bersinarlah jiwa kebangsaan kita, dan berjayalah pembentukan jati diri kita sebagai bangsa yang bermaruah. Bahasa itu citra sesuatu bangsa.
Akhir kata;
Yang kurik itu kendi,
Yang merah itu saga,
Yang baik itu budi,
Yang indah itu bahasa
Sekian, wabillahitaufik walhidayah, wassalammualaikum warah matullahiwabarakatuh.
Nah itu adalah contoh pidato bahasa melayu. semoga membantu.